Bersatu, PN yakin Ismail Sabri mampu bawa negara ke arah kestabilan - Wan Saiful - Utusan Malaysia

Bersatu, PN yakin Ismail Sabri mampu bawa negara ke arah kestabilan – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan dapat membawa negara ke arah kestabilan demi meneruskan usaha-usaha yang dimulakan  Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, Ismail Sabri adalah calon yang disepakati oleh Bersatu dan rakan-rakan dalam PN.

“Ini atas keyakinan kami bahawa beliau dapat membawa negara ke arah kestabilan demi meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Kerajaan PN.

“Bersatu mendoakan Ismail Sabri sentiasa berada dalam panduan Allah sepanjang menjalankan tanggungjawab mengemudi negara berteraskan kehendak Perlembagaan dan prinsip-prinsip tadbir urus yang berintegriti, telus, menghormati pengasingan kuasa, melindungi kebebasan kehakiman, dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau  berharap pelantikan itu dapat menghentikan polemik politik dalam negara. 

“Kerajaan mesti segera mengembalikan tumpuan kerja kepada menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat, serta membina semula ekonomi negara. Rakyat sudah penat dengan kemelut politik terutama pada waktu pandemik ini.

“Sejak awal lagi Bersatu sentiasa konsisten bahawa tumpuan utama kita mestilah kepentingan rakyat. Dengan pelantikan Ismail Sabri, sekarang adalah masa untuk kembali kepada keutamaan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN