Bekas mufti Tokoh Maal Hijrah Terengganu - Utusan Malaysia

Bekas mufti Tokoh Maal Hijrah Terengganu

AL-SHEIKH ABDUL HALIM ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Mufti negeri, Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir, 86, dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1443H dalam majlis sambutan yang diadakan secara dalam talian, malam tadi.

Al-Sheikh Abdul Halim yang berasal dari Jertih, Besut menerima wang tunai RM20,000 di samping set persalinan, piala dan sijil penghargaan.

Beliau yang dilantik sebagai Mufti Terengganu dari 2000 hingga 2004 kini merupakan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sejak tahun 2007.

Al-Sheikh Abdul Halim yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Darul Ulum di Mekah dan al-Ma’ahad al-Ilmi al-Saudi, Madinah menyambung pelajaran di Kuliah Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir dari 1960 hingga 1965 di samping turut menerima diploma pendidikan setahun kemudian.

Sekembalinya ke tanah air, beliau menyertai perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Nazir Guru-guru Agama Kelantan selama 10 tahun dari 1967 sebelum berkhidmat sebagai pensyarah hingga 1993.

Di samping itu, Al-Sheikh Abdul Halim turut aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kota Bharu dan Wilayah Persekutuan di samping Pengerusi Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan.

ABD. WAHAB MUHAMMAD

Dalam majlis sama, Imam Masjid Kampung Rawai, Abd. Wahab Muhammad, 77, dipilih  sebagai Tokoh Imam Cemerlang atas perkhidmatannya selama 57 tahun sekali gus membawa pulang wang RM5,000 piala dan sijil penghargaan.

Bapa kepada 10 anak itu juga merupakan jurunikah bertauliah bagi Mukim Bukit Payung, Marang di samping jurusembelih dan jurumandi jenazah.

Tokoh Bilal Cemerlang pula diberikan kepada Mohamad Puteh, 67, yang menerima wang RM5,00, piala dan sijil penghargaan. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya