Bekalan darah semakin berkurangan, HTAR rayu penderma

Bekalan darah berkurangan, HTAR rayu penderma

JUMLAH bekalan darah yang ada di Jabatan Perubatan Transfusi Darah HTAR setakat hari ini. - FOTO/IHSAN HTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jabatan Perubatan Transfusi Darah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini merayu orang ramai supaya tampil menderma darah berikutan hospital berkenaan kini hanya mempunyai bekalan sehingga lima hari sahaja.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai unit komunikasi dan korporat jabatan itu, Diyana Khairron berkata, paras bekalan darah di jabatan tersebut kini berada di bawah paras selamat dan memerlukan bantuan orang ramai untuk menderma.

“Jadi, saya merayu kepada orang awam supaya membantu kami dengan menderma darah, terutama sekali mereka yang mempunyai darah jenis O, A dan B.

“Darah anda boleh membantu menyelamatkan banyak nyawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain untuk kegunaan HTAR, menurutnya, jabatan tersebut turut menyalurkan darah penderma kepada beberapa hospital berdekatan seperti Hospital Shah Alam (HSA), Hospital Banting dan Hospital Tanjong Karang.

Diyana berkata, kebanyakan darah ini digunakan oleh pesakit Thalassemia, Onkologi, Obstetrik & Ginekologi serta rawatan Hemodialisis.

“Oleh itu, jabatan ini menganjurkan Kempen Derma Darah Bergerak mulai 3 hingga 10 Ogos ini di AEON Shah Alam dan Bukit Tinggi, Klang.

“Orang ramai juga boleh menderma darah mereka dengan hadir di pusat derma darah HTAR, esok mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang,” ujarnya.

Untuk kempen kali ini, jabatan itu mensasarkan untuk mendapat 490 unit darah sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Diyana berkata, setiap penderma akan mendapat makanan ringan percuma selepas selesai proses tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya