Batu 6 sekali lagi kena PKPD dengan 22 lokaliti kampung Orang Asli Batang Padang - Utusan Malaysia

Batu 6 sekali lagi kena PKPD dengan 22 lokaliti kampung Orang Asli Batang Padang

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kampung Orang Asli Batu 6 di Daerah Batang Padang, Perak sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Rabu.

Sebelum ini, lokaliti terletak di Mukim Batang Padang dengan seramai 494 penduduk itu pernah dilaksanakan PKPD sejak 21 Januari sebelum disambung lagi sehingga 10 Februari lalu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein malah berkata, 22 lagi perkampungan Orang Asli suku Semai di daerah itu juga dilaksanakan PKPD serentak melibatkan Kampung Sungai Lah, Mukim Chendering; Kampung Menderang, Mukim Sungkai serta Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding di Mukim Bidor.

Sementara Mukim Batang Padang pula selain Batu 6, turut dikenakan ialah Batu 7, Batu 7 ½, Batu 14, Batu 16, Batu 17, Batu 18, Batu 19, Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Chendon, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh Intake.

“Satu lagi lokaliti di negeri berkenaan dilaksanakan PKPD ialah Taman Meru 2B, Daerah Kinta, manakala di Kelantan pula, hanya satu lokaliti terlibat iaitu Taman Sri Bayu, Jajahan Tumpat.

“Selebihnya pula di Sabah iaitu PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan, Tawau; Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Kota Tuaran, Tuaran serta Kampung Sarikan, Nabawan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, satu lagi lokaliti di negeri tersebut yang sepatutnya berakhir PKPD esok, namun diteruskan lagi sehingga 24 Ogos depan iaitu Taman Kinarut, Daerah Papar termasuk tiga lokaliti di Pahang iaitu tapak bina IBN di Genting Highlands, Daerah Bentong serta Sungai Klau dan Sungai Chalit, Daerah Raub.

Katanya, sejumlah 18 lokaliti di tiga negeri yang dikenakan PKPD tamat serentak esok antaranya Felda Maokil, Daerah Muar, Johor dan Kampung Telaga Tujoh, Labok, Jajahan Machang, Kelantan.

Baki lagi melibatkan Sabah iaitu Kampung Madsiang, Penampang; Kampung Mostyn Lama, Kunak; Kampung Tawadakan, Kota Belud; Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan; Kampung Kauran, Keningau; Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih, Sipitang; Kampung Patikang Ulu, Pusat Memandu IDA, Penempatan Warga Indonesia serta Kilang dan kuarters Focus Lumber, Veracity dan Hasil Jadi di Keningau. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN