Bagusnya Rita Nadira! - Utusan Malaysia

Bagusnya Rita Nadira!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip memang suka puji orang. Tetapi pujian itu biarlah berisi dan bukan semata-mata untuk ambil hati. Lambat lagi Poklip nak kipas-mengipas ini. Kalau tak betul kita tegur, kalau bagus kita cakap.

Nama pelakon baharu, Rita Nadira selalu Poklip dengar. Ramai yang memuji bakat lakonan pelakon wanita itu. Drama Tak Sempurna Mencintaimu adalah antara drama yang membuka mata ramai orang.

Poklip sendiri menonton drama tersebut. Walaupun agak ‘geram’ dengan jalan cerita drama itu, tetapi Poklip tak boleh menafikan Rita punya bakat besar. Jika digilap dengan baik, dia mampu jadi bintang.

Tidak hairan, warganet yang cukup pedas dalam ‘menilai’ bakat seseorang juga jatuh cinta dengan lakonan Rita. Walaupun memegang watak jahat, tetapi peminat suka. Ha macam mana itu kan?

Namun dalam masa sama, Poklip harap Rita tidak terbuai dek pujian yang kini rajin meniti di bibir peminat. Jika rasa diri bagus, kena terus usaha untuk jadi lebih bagus. Jangan mudah berpuas hati.

Tetapi Poklip percaya, Rita bukan jenis orang yang ‘besar kepala’ dek pujian. Dia sebelum ini ialah seorang model, jadi setakat puji memuji, kritik mengkritik ini makanan harian. Tak gitu?

Ramai sahaja pelakon yang mula-mula dipuji dan akhirnya menjadi bahan sasaran netizen dek perangai yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Bila popular sikit, mula tunjuk belang. Berlagak sombong.

Jangan begitu tau. Nasihat Poklip kepada Rita, teruskan niat untuk menjadi pelakon sejati. Pilihlah karya dan watak yang mampu menyerlahkan bakat anda. Jangan mudah termakan dek pujuk rayu, eh tiba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya