fbpx

23 September 2021, 8:00 am

  TERKINI

Azizulhasni, Shah Firdaus ke pusingan kedua

Shah Firdaus Shahrom melepasi pusingan repechages untuk mara ke sainga kedua pecut individu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom berjaya menempah tempat ke pusingan kedua acara pecut individu Sukan Olimpik Tokyo selepas masing-masing memenangi saingan repechages da,lam saingan di Velodrom Izu.

Azizulhasni yang turun dalam saingan pertama berjaya mengetepikan Kevin Quintero dari Colombia dan Ethan Mitchell dari New Zealand untuk menempah saingan seterusnya berdepan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.

Shah Firdaus pula berjaya memadamkan kekecewaan di pusingan pertama dengan mengalahkan Hugo Barrette dari Kanada dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk di saingan kedua untuk menentang Jack Carlin dari Great Britain.

Aksi pusingan kedua pecut individu lelaki akan berlangsung 6.15 petang ini dengan pemenang akan ke pusingan ketiga manakala yang kalah bersaing dalam saingan repechages.

POPULAR

KOSMO! TERKINI