Azalina dijangka letak jawatan hari ini - Utusan Malaysia

Azalina dijangka letak jawatan hari ini

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerana kecewa dengan tindakan kerajaan yang ‘melumpuhkan’ Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Malah turut difahamkan, kuasa beliau juga dibatasi pihak eksekutif sehinggakan Azalina sukar untuk membuat keputusan.

Memetik laporan media tempatan, Azalina difahamkan kecewa dengan Parlimen yang digantung sekali gus menghakis demokrasi negara.

Ahli Parlimen Pengerang itu dilantik sebagai Timbalan Speaker tahun lalu selepas pertukaran kerajaan.

Beliau antara pemimpin yang lantang menyelar penutupan Parlimen semasa darurat.

Malah, turut dilihat Azalina juga merupakan salah seorang daripada 11 pemimpin UMNO yang hadir dalam sidang akhbar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya