'Apa punya kerja' - Sanusi tempelak pihak kumpul SD

‘Kumpul SD, apa punya kerja’ – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor bertanya sesuatu kepada salah seorang penerima vaksin ketika melawat PPV Mega di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md. Nor menempelak pihak yang masih mengumpul akuan berkanun atau SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, perkara tersebut tidak perlu dilakukan lagi pada masa ini, sebaliknya mereka patut memberi tumpuan membantu kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, mereka sepatutnya menunggu Sidang Parlimen pada September depan bagi menentukan keabsahan kerajaan.

“Dia kena buat selari dengan peruntukan undang-undang, saya telah baca tulisan Tan Sri Hamid Mohamad, proses yang sah dalam konstitusi, kita memang macam tu. Jadi tunggulah (Parlimen) bulan September.

“Letih nak kira Covid dan nak rawat orang, hampa kira SD lagi, apa punya kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Amanjaya Sports Arena, di sini hari ini.

PPV Mega tersebut yang mula beroperasi hari ini merupakan PPV integrasi terbesar di Kedah  dengan kapasiti 5,000 suntikan sehari.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang akuan berkanun adalah bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail memberitahu, seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar keabsahan kerajaan ditentukan pada Sidang Parlimen pada September ini.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, parti itu telah mengemukakan SD tambahan ahli Parlimennya, memaklumkan penarikan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan Ahli Parlimen daripada UMNO yang sudah menyatakan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN