'Apa nak jawab depan Allah nanti' - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Apa nak jawab depan Allah nanti’ – Ebit Lew

EBIT Lew bertemu seorang warga emas yang tinggal di kaki lima di tepi kedai di Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sayunya rasa bila dapat berita pakcik 68 tahun ini tinggal di tepi kedai macam ni. Pagi-pagi tadi terus bergegas ke Negeri Sembilan. Kakinya dan pinggangnya sakit. Susah nak bangun dan berjalan”.

Demikian jelas Ustaz Ebit Lew mengenai keadaan warga emas yang dikenali sebagai pakcik Yusuf atau nama sebenarnya Zakariya.

Warga emas itu tinggal di kaki lima di tepi kedai dalam keadaan sakit.

Menurut Ebit Lew, warga emas itu tah henti-henti menangis apabila ditemukannya di kawasan berkenaan sambil mengatakan Allah mendengar doanya walaupun ketika muda dulu agak ‘liar’.

“Malu saya dengan Allah, katanya. Hari-hari doa nak mati. Tapi bangun-bangun masih di sini,” jelas Ebit Lew memetik perbualannya bersama warga emas berkenaan.

Untuk itu, Ebit Lew dan kumpulannya mencarikan bilik sewa dan akan membayarkan duti sewa itu.

“Belikan katil dan tilam. Belikan baju dan terus pakaikan. Kelengkapan mandi dan lain-lain. Syukur sangat rasa jumpa pakcik yang baik ini. Terima kasih ya Allah. Bagaimanalah saya tidur lena sedangkan ada orang tua begini uzur tidur di tepi jalan.

“Apa nak jawab depan Allah nanti. Terima kasih abang polis dan isteri yang membantu pakcik ni dengan selalu beri makanan padanya. Terima kasih masyarakat sekitar yang prihatin. Terima kasih zakat dan masjid sekitar yang baik.

“Terima kasih semua badan kerajaan atau swasta yang terlibat. Terima kasih semua yang mendoakan dan bersama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia selama ini. Saya cuma berharap menjadi skru kepada kereta api yang menuju ke sana. Semoga Allah reda. Terima kasih semua tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN