Anwar, Shafie perlu bekerjasama kembali mandat rakyat - Guan Eng - Utusan Malaysia

Anwar, Shafie perlu bekerjasama kembali mandat rakyat – Guan Eng

ANWAR IBRAHIM dan MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Pakatan Harapan (PH) bersama blok pembangkang yang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen tidak boleh membuang masa, tatkala Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri esok.

LIM GUAN ENG

Beliau berpendapat, PH perlu menggunakan pendekatan ‘khemah besar’ untuk menuntut kembali mandat sebagai kerajaan yang dipilih mengikut Perlembagaan oleh rakyat.

“Hanya bermula dengan 105 ahli Parlimen pembangkang sebagai asas, ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat Pilihan Raya 2018 yang telah dirompak oleh kerajaan pintu belakang terdiri daripada parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim ((Prsiden PKR) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Presiden Warisan) memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perlu ada alternatif yang jelas terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah gagal yang menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi.

“Mengekalkan kerajaan PN yang telah gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan masalah sebenar adalah seluruh Kerajaan PN itu,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng mendedahkan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah membenarkan semua pemimpinnya untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan kecuali tiga pemimpin tertinggi gabungan itu.

Beliau berkata, pendedahan itu perlu dibuat sebagai respon dakwaan bahawa DAP menyokong Kerajaan PN.

“Ada laporan media berbaur anti-DAP yang cuba menyelewengkan berita Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan perbincangan dengan Menteri PN, sebagai persepsi negatif terhadap mereka dan juga DAP. Saya ingin menyatakan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Majlis Presiden PH telah membenarkan semua pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan mengenai keadaan politik kecuali 3 pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian,” katanya.

Justeru, katanya, selain beliau, Presiden PKR dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, semua pemimpin teratas DAP, PKR dan Amanah serta ahli Parlimen dan pemimpin daripada ketiga-tiga parti dalam PH secara sendiri telah mengadakan perbincangan dengan seteru politik.

“Bagaimanapun, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH bagi ia dapat dilaksanakan.

“Ahli-ahli DAP tidak boleh membiarkan laporan media berbaur anti-DAP ini memberi gambaran buruk terhadap DAP sehingga memecahbelahkan parti kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya