Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang - Utusan Malaysia

Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang

ANWAR Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang.

Beliau mendakwa bebeberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Dengan jumlah 107 ahli Parlimen di sini (pembangkang) ditambah ahli Parlimen lain, kerajaan sekarang sudah tumbang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN