fbpx

23 September 2021, 7:40 am

  TERKINI

Anthony hadiahkan gangsa buat Indonesia

PINGAT gangsa badminton perseorangan lelaki menjadi milik pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting berjaya meraih pingat kelima buat negaranya apabila memenangi perlawanan penentuan pingat gangsa acara badminton perseorangan lelaki, sebentar tadi.

Saingan di Musashino Forest Sport Plaza itu menyaksikan pemain di ranking kelima dunia itu mudah mengatasi Kevin Cordon dari Guatemala dengan 21-11, 21-13 dalam tempoh 38 minit.

Kejayaan itu, muncul selepas beregu wanita Indonesia menyumbang emas pertama buat negara itu ketika menewaskan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, petang tadi.

Indonesia kini sudah memungut 1 emas, 1 perak, tiga gangsa di Sukan Olimpik 2020 Tokyo setakat ini.- AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI