Andi buat laporan polis, dakwa rakan baik songlap hampir RM70,000 - Utusan Malaysia

Andi buat laporan polis, dakwa rakan baik songlap hampir RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Andi Bernadee, 30, membuat laporan polis bagi membersihkan namanya selepas difitnah dan ditipu individu yang juga merupakan kawan baik hampir RM70,000.

Jelas Andi ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi hari ini, jumlah pendapatan tersebut adalah hasil daripada karier nyanyian, berlakon dan jualan baju jenama sendiri.

“Dia sudah kacau periuk nasi saya, memalukan serta memfitnah macam-macam dekat produksi termasuk orang sekeliling saya, sudahnya dia songlap duit saya nak dekat RM70,000.

“Duit kerja tahun ini saya tidak rasa lagi, dia memanipulasi WhatsApp saya dan hantar ke klien semua. Klien pun percaya dan duit dimasukkan ke akaun peribadi dia tanpa pengetahuan saya.

“Saya dapat tahu apabila merasakan duit kerja tidak masuk sejak awal tahun, alasannya resit hilang dan klien belum bayar,” dakwanya dengan nada sebak.

Terdahulu Andi Bernadee atau Andi Azrul Andi Mapangile membuat laporan polis pukul 10.30 pagi hari ini ditemani pengurusnya Nasir Deraman dan peguam, Faizal Rahman.

Dalam pada itu, Andi dengan nada tegas berkata, individu terbabit sudah diberi amaran beberapa kali namun tidak dipedulikan malah terus membuat kerja terkutuk tersebut.

“Dia bukan rakan kongsi, tetapi rakan baik selama dua tahun dan pernah pergi menunaikan ibadah umrah dua kali sahaja, dia juga pernah bantu urus karier saya, itu pun dia yang datang kepada saya sendiri.

“Tujuan laporan polis ini untuk memberi amaran kepada orang luar di luar sana yang mana dan sedang bekerja dengan dia, hati-hati. Bagi rakan-rakan artis yang sudah terkena dan tidak tampil pergilah buat,” tegas penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu.

Mengulas lanjut secara terperinci, Andi ada berjumpa dengan individu tersebut pada 15 Ogos lalu untuk mendapatkan jawapan tetapi tetap “berlakon” seakan-akan tiada apa yang berlaku.

“Saya mengesyaki duit kerja tidak masuk sejak bulan Jun lalu dan bertanya setiap hari sehinggalah 31 Julai lalu saya tekad berhubung dengan klien dan menurut klien semua sudah dilunaskan sebelum raya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya