Amanah lega UMNO tarik sokongan - Utusan Malaysia

Amanah lega UMNO tarik sokongan

KHALID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan rasa lega dengan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamadi kerana menunaikan janji menarik sokongan terhadap PN.

Katanya, sudah jelas Kerajaan PN tidak mampu mentadbir negara dan berharap Yang di-Pertuan Agong melucutkan jawatan Perdana Menteri.

“Saya berharap Seri Paduka melucutkan jawatan Perdana Menteri dan membenarkan perbincangan diadakan untuk memilih kerajaan baharu.

“Saya mencadangkan agar Seri Paduka bertanggungjawab dan amanah dalam memilih kerajaan baharu yang boleh memimpin negara kita dengan baik.” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Khalid Samad juga mencadangkan Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin kerajaan kerana PH memiliki majoriti yang boleh meneraju negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya