Aktiviti 'dine in' dibenarkan esok - Utusan Malaysia

Aktiviti ‘dine in’ dibenarkan esok

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula esok, orang ramai di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk aktiviti ‘dine in’ selepas kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tambahan bagi sektor sosial.

Bagaimanapun beberapa syarat perlu dipatuhi antaranya penyedian lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik.

Perkara itu dimaklumakan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya, ini kerana risiko penyebaran virus Covid-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.

“Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in wajib menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN