Ahmad Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, beliau merupakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak.

Katanya, beliau akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan ini,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.