Ahmad Dhani puji masakan bekas isteri - Utusan Malaysia

Ahmad Dhani puji masakan bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani, 49, memuji masakan bekas isterinya, Maia Estianty, meski tidak tahu bahawa juadah yang dibawakan oleh anaknya, El Rumi itu merupakan air tangan penerbit muzik tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh El menerusi rakaman video yang disiarkan di You Tube MAIA AL EL DUL TV semalam di mana dia telah meminta agar ibunya membuatkan bekal makanan untuk dibawa ke rumah Dhani di Pondok Indah.

“Hari ini saya mahu kenakan bonda dan ayah. Apa kata kalau saya minta bonda buat bekal untuk saya ke Pondok Indah nanti.

“Tetapi yang lucunya, saya tidak akan beritahu bonda bahawa makanan ini adalah untuk diberikan kepada ayah dan ayah juga tidak akan saya beritahu bahawa ini adalah masakan bonda. Macam bagi ‘prank’ lah,”katanya.

Menerusi rakaman video itu, El dilihat membawa juadah ikan dori krim keju ke rumah Ahmad Dhani dan meminta ayahnya itu membuat penilaian terhadap masakan tersebut sebelum.

Memuji masakan itu, Ahmad Dhani bagaimanapun langsung tidak memberi reaksi curiga.

“Enak. Ada nasi, cendawan, bawang putih. Saya bagi tujuh daripada 10 bintang. Ikan dori ini memang sedap. Harusnya ringkas saja masakan dan rencahnya. Tak boleh terlalu banyak ini dan itu rencahnya,”katanya.

Ahmad Dhani dan Maia mendirikan rumah tangga pada 17 November 1996 namun selepas 12 tahun, kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah pada tanggal 23 September 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Al Ghazali, El Rumi, dan Dul Jaelani.

Setelah bercerai dengan Maia, Ahmad Dhani berkahwin pula dengan Mulan Jameela dan dikurniakan dua orang anak.

Sementara itu, selepas sekian lama menjanda, Maia Estianty membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang usahawan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018 di Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya