fbpx

Ahli Parlimen pembangkang akhirnya bersurai

ANGGOTA polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen pembangkang akhirnya bersurai setelah usaha mereka untuk memasuki Bangunan Parlimen gagal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pihaknya akur dengan arahan polis namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk melawan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita bersurai secara aman bagi menghormati peraturan negara. Kita bukan macam PN langgar demokrasi dan halang kita bersidang,” katanya.

Terdahulu perarakan ahli Parlimen pembangkang diketuai Anwar dan ahli-ahli Parlimen dikatakan cuba memasuki sekatan dibuat FRU.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng cuba berunding dengan pegawai polis, namun usaha itu gagal.

Kelihatan kenderaan FRU yang bersiap sedia bagi mengawal keadaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN