fbpx

19 September 2021, 7:06 am

  TERKINI

Ahli akademik, Achmad Dzariean meninggal dunia

ACHMAD DZARIEN MOHD. NADZRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri meninggal dunia pada pagi tadi di rumahnya di Changlun, Kedah.

Berita itu disahkan adik beliau melalui Facebook, Ayem Achmad yang difahamkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Abang saya Achmad Dzariean Mohd. Nadzri telah kembali ke rahmattullah pada pagi ini di kediaman beliau di Changlun, Kedah.

“Urusan pengebumian akan dimaklumkan nanti. Mohon sedekahkan al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Achmad Dzariean, 40, sering memberikan pandangan kepada Utusan Malaysia mengenai situasi politik dan sosial di negara ini. – UTUSAN ONLINE