Ada yang perasan mereka memihak kepada rakyat - Annuar - Utusan Malaysia

Ada yang perasan mereka memihak kepada rakyat – Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyelar pihak-pihak tertentu yang mendakwa mereka memihak kepada rakyat, sedangkan setiap hari kerjanya hanya memusnahkan dan menjatuhkan mereka yang bekerja untuk rakyat.

Tanpa menamakan pihak tertentu itu, beliau berkata, mereka itu kaya, berkuasa, memiliki ratusan dan ribuan juta ringgit, tetapi tidak pula kelihatan menggunakan harta membantu rakyat.

“Sebaliknya mereka mengambil hak rakyat. Apakah mereka sedang di alam bermimpi atau kemaruk mereka menyebabkan mereka lupa segala galanya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dari UMNO berkata, rakyat pula dijadikan umpan di bibir, namun pada realitinya mereka bukan berjuang kerana rakyat, tetapi untuk diri sendiri.

Kenyataan Annuar itu dipercayai merujuk kepada situasi politik dan kemelut UMNO ketika ini berhubung keputusan parti itu menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu seolah-olah memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen UMNO yang menganggotai Kabinet dengan dua Menteri sudah meletak jawatan sebagai akur kepada keputusan parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN