93 program Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021 - Utusan Malaysia

93 program Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021

E. SUNDRA RAJAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat di seluruh negara diseru terlibat menjayakan sejumlah 93 program sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelbagai aktiviti dirancang berteraskan patriotisme dan perpaduan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

 “Program yang dilaksanakan turut menghargai sumbangan rakyat Malaysia khususnya kegigihan petugas barisan hadapan dalam memerangi jangkitan wabak Covid-19,” katanya ketika berucap merasmikan Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perpaduan Negara secara dalam talian, hari ini.

 Program itu mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia selaku Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dengan tema kekal iaitu Malaysia Prihatin.

 Sambutan kali ini masih  dalam suasana norma baharu dan pematuhan ketat prosedur operasi standard yang ditetapkan seperti tahun lalu.

 Mengulas lanjut, Mohd. Zuki berkata, kesemua program yang disusun itu bertujuan meningkatkan semangat patriotik dan memperkasa penglibatan komuniti tanpa mengira latar belakang.

 “Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan berorientaskani perpaduan dikenali Friends of Unity turut digembleng bersama  Rukun Tetangga dan sekretariat Rukun Negara,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN