Kes penunggang motosikal maut dirempuh dirujuk ke TPR 

Kes penunggang motosikal maut dirempuh dirujuk ke TPR 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan kemalangan di Jalan Kuchai Lama di sini, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal pada 8 Disember lalu akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, ia bagi mendapatkan arahan lanjut kes berkenaan. 

 “Semua saksi termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan. 

“Hari ini kertas siasatan akan dibawa untuk dirujuk kepada TPR bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Media semalam melaporkan, Muhammad Harish Aiman Mat Zahid yang baharu melangsungkan perkahwinan sejak sebulan lalu maut dalam kemalangan yang tular di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Dalam insiden tragik itu, Muhammad Harish, 25, yang bekerja dalam sektor p-hailing dirempuh kereta didakwa pandu melulu ketika melalui selekoh dari Sri Petaling menghala ke Jalan Kuchai Lama.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesahkan video tular mengenai kemalangan di Jalan Kuchai Lama di sini, berlaku pada 8 Disember lalu yang mengorbankan penunggang motosikal berusia 25 tahun.

 Mohd. Zamzuri dilaporkan mengesahkan kejadian dan menerima maklumat penularan video kamera papan pemuka memaparkan kejadian di platform TikTok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN