Dua beradik maut motosikal bertembung kereta

Dua beradik maut motosikal bertembung kereta

Keadaan motosikal dinaiki dua beradik yang rosak teruk selepas terlibat kemalangan yang menyebabkan kematian mereka di Jalan Teroi Titi Lahar di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan  sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar di sini malam tadi.

Dalam nahas pada pukul 8.30 malam itu Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas,11, yang menaiki motosikal Honda RS-X meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berumur 61 tahun dari arah Gurun ke Yan cuba memotong kenderaan.

“Toyota Vios itu didapati memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki dua beradik itu yang dalam perjalanan dari Yan ke Gurun menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan maut serta-merta di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu kereta terbabit yang tinggal di Perumahan Awam 2, Pantai Murni dan bekerja  di  sebuah kedai pajak gadai di Gurun hanya mengalami kecederaan sakit di bahagian dada sahaja,” katanya.

Kata Shahnaz, impak kemalangan itu menyebabkan motosikal dinaiki dua beradik yang beralamat di Kampung Charok Tala, Sik itu remuk dan rosak teruk manakala Toyota Vios berkenaan turut remuk teruk di bahagian hadapan.

Katanya, mayat kedua-dua  beradik itu dihantar untuk bedah siasat di Hospital Yan  manakala pemandu warga emas terbabit ditahan untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN