59,600 anak pokok hiasan sangkut di pelabuhan - Utusan Malaysia

59,600 anak pokok hiasan sangkut di pelabuhan

SEBAHAGIAN anak pokok hiasan yang dirampas Maqis dalam pemeriksaan selepas tiada permit import sah di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang membawa masuk 59,600 anak pokok tanaman hiasan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, semalam.

Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua anak pokok dianggarkan bernilai RM119,200 itu dirampas kerana cuba dibawa masuk tanpa menggunakan permit import yang sah.

Kegiatan itu dikesan hasil pemeriksaan rutin dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis di pelabuhan tersebut, kira-kira pukul 4 petang.

“Pelbagai spesies anak pokok dirampas antaranya cactus gymnocalycium; spathiphyllum wallisii; caladium; echeveria pinwheel; microsorum punctatum; asparagus racemosus; strobilanthes sinuate dan adenium,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Maqis, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan.

Individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN