4,206 nelayan Perak terima bakul makanan - Utusan Malaysia

4,206 nelayan Perak terima bakul makanan

MOHAMAD Rizal Sahari (dua dari kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan dan mengagihkan Jalur Gemilang kepada nelayan di Jeti Nelayan Batu 3 Segari dekat Lumut, Perak, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  mengagihkan bantuan bakul makanan bernilai RM59,406 kepada 4,206 nelayan di Perak yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengarah LKIM negeri, Mohamad Rizal Sahari berkata, bakul makanan yang berisi barang keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan gula itu diserahkan kepada komuniti nelayan dalam tempoh Mac tahun lalu sehingga hari ini.

“Hari ini, bakul makanan atau bantuan ‘MAFI Prihatin’ itu diserahkan kepada 32 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Manjung Selatan,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu di Jeti Nelayan Batu 3 Segari, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengedar dan mengibarkan Jalur Gemilang bersama nelayan di jeti tersebut bagi menyemarakkan semangat Bulan Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 serta penubuhan 50 tahun LKIM.

Sementara itu, seorang penerima bantuan,  Osman Mat Said, 37, bersyukur dengan bantuan tersebut kerana ia benar-benar membantu perbelanjaan beliau sekeluarga.

Beliau yang tinggal di Kampung Tanjung Batu, Segari, berkata, pandemik Covid-19 sangat memberi kesan kepada kehidupannya sekeluarga serta komuniti nelayan.

“Bantuan diberikan ini tepat pada masanya kerana sekarang kurang ke laut sebab cuaca musim hujan dan hasil laut kurang sebab musim pembiakan obor-obor. 

“Bila datang musim banyak obor-obor di laut, susah untuk aktiviti menangkap ikan bagi kami yang menggunakan kaedah pukat hanyut kerana lebih banyak obor-obor yang tersangkut di jaring berbanding ikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN