393 kes kematian tertinggi; 8 negeri catat lebih 1,000 kes positif - Utusan Malaysia

393 kes kematian tertinggi; 8 negeri catat lebih 1,000 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan kes positif tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini, iaitu 24,599 kes yang terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 22,642 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 22,657 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 393 kematian dicatatkan juga tertinggi dengan 990 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 487 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 265,841 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,936 kes diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Sarawak (2,024), Pulau Pinang (2,078), Kedah (1,538), Kelantan (1,312) dan Perak (1,170).

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526) dan Melaka (515).

“Perlis pula mencatatkan 67 kes dan Putrajaya, 20 kes manakala Labuan hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN