PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 21,668 kes berbanding semalam, 20,708 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 17,687 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 318 kematian dicatatkan dengan 1,059 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 543 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 237,021 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,278 kes diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052), Johor (1,706), Pulau Pinang (1,229) dan Sarawak (1,216).
“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594) dan Melaka (494).
“Dua wilayah dan satu negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE