PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 kembali meningkat apabila hari ini mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 21,668 kes berbanding 20,889 pada 6 Ogos lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal berada di atas dengan 6,278 kes dan diikuti Kuala Lumpur 2,436 kes selain Kedah dan Sabah masing-masing 2,143 dan 2,052 kes.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Selangor – 6,278
WPKL – 2,436
Johor – 1,706
Sabah – 2,052
Sarawak – 1,216
Negeri Sembilan – 899
Kedah – 2,143
Pulau Pinang – 1,229
Kelantan – 972
Perak – 930
Melaka – 494
Pahang – 629
Terengganu – 594
WP Labuan – 11
WP Putrajaya – 56
Perlis – 23
-UTUSAN ONLINE