211 kematian; 1,063 kes ICU - Utusan Malaysia

211 kematian; 1,063 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 20,837 kes berbanding semalam, 17,672 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,613 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 211 kematian dicatatkan dengan 1,063 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 511 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 262,713 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,645 kes diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iatu Pahang (521), Melaka (396), Terengganu (383) dan Negeri Sembilan (351).

“Satu negeri dan dua wilayah mencatatkan kes di bawah 100 iaitu Perlis (74) dan Putrajaya (27) manakala Labuan hanya empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN