PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 19,257 kes berbanding semalam, 20,889 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,323 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 210 kematian dicatatkan dengan 1,097 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 575 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 224,120 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Sabah (1,255) dan Johor (1,182).
“Lapan negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425) dan Melaka (414).
“Hanya satu negeri dan satu Wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (56) dan Perlis (41) manakala Labuan (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










