20,837 kes Covid-19 dicatatkan hari ini, meningkat berbanding semalam - Utusan Malaysia

20,837 kes Covid-19 dicatatkan hari ini, meningkat berbanding semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mencatatkan penurunan kes dua hari berturut-turut, jangkitan Covid-19 meningkat semula, hari ini dengan 20,837 kes.

Semalam, Malaysia mencatatkan 17,672 kes manakala kelmarin, 19,807 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes tinggi dengan 4,645 namun Sabah pula merekodkan peningkatan mendadak iaitu kepada 3,376 kes.

Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 4,645
WPKL – 1,284
Sabah – 3,376
Johor – 1,743
Sarawak – 1,543
Negeri Sembilan – 351
Kedah – 1,772
Pulau Pinang – 2,054
Kelantan – 1,422
Perak – 1,242
Melaka – 396
Pahang – 521
Terengganu – 383
WP Labuan – 4
WP Putrajaya – 27
Perlis – 74

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN