KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 20,579 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 1,706,089 kes.
Daripada angka tersebut, penurunan dicatatkan di kawasan Lembah Klang dengan catatan 4,591 kes di Selangor dan 680 kes di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, keadaan di negeri-negeri lain masih berada di tahap membimbangkan kerana mencatatkan kes empat angka. – UTUSAN ONLINE