PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 menurun sedikit kepada 19,631 berbanding semalam dengan 19,740 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 5,753 kes diikuti Sabah, 2,103 kes dan Kedah (1,863 kes).
Menurutnya, Labuan sekali lagi mencatatkan sifar kes manakala kes di Perlis melonjak kepada 37 kes.
Berikut pecahan kes mengikut negara:
Selangor – 5,753
WPKL – 1,765
Johor – 1,309
Sabah – 2,103
Sarawak – 835
Negeri Sembilan – 490
Kedah – 1,863
Pulau Pinang – 1,275
Kelantan – 1,268
Perak – 1,101
Melaka – 623
Pahang – 670
Terengganu – 498
WP Labuan – 0
WP Putrajaya – 41
Perlis – 37










