'114-11= 103, jadi mana ada majoriti?' - Utusan Malaysia

‘114-11= 103, jadi mana ada majoriti?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sokongan 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundang pelbagai persoalan sama ada kerajaan hari ini benar-benar mempunyai majoriti atau sebaliknya.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, terdapat 11 ahli Parlimen UMNO yang dipercayai menolak Muhyiddin sekali gus beliau kini hanya mempunyai 103 sokongan wakil rakyat.

Menurut beliau, perkara itu dikukuhkan dengan jumlah 31 ahli Parlimen UMNO dan BN daripada keseluruhan 42 wakil rakyat parti itu yang menyatakan hasrat masih menyokong PN.

“Majoriti yang Muhyiddin ada sekarang adalah 114 tetapi tolak 11 maka jadi 103 sedangkan diperlukan majoriti mudah adalah 111 kerusi.

“Oleh itu celah mana Muhyiddin kata dia masih ada majoriti?,” soal beliau dalam Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobn memaklumkan, 31 ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Kerajaan PN dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, hanya 21 yang hadir manakala 10 tidak hadir namun didakwa memberi sokongan kepada PN.

Rabu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan UMNO menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin dengan ketika itu dikatakan terdapat 11 ahli Parlimen UMNO memutuskan berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN