fbpx

23 September 2021, 8:33 am

  TERKINI

Zehra impi pingat di Tokyo

ZEHRA GUNES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Memiliki senyuman manis dan wajah jelita, aksi pemain bola tampar wanita Turki , Zehra Gunes  bersama pasukannya menjadi tumpuan lensa kamera media antarabangsa.

Pemilihan atlet berusia 22 tahun yang memiliki ketinggian 1.97 meter itu bukan dinilai dari segi paras rupa sebaliknya kepantasannya dan prestasi di dalam gelanggang menjadi pilihan jurulatih Giovanni Guidetti membawanya pada saingan Olimpik Tokyo 2020.

Biarpun merupakan penyertaan sulung buatnya, Zehra meletakkan harapan tinggi bahawa pasukannya  mampu melakukan kejutan di bumi Tok­yo terutama untuk meraih kedudukan podium selepas melakar kemena­ngan pertama dengan membenam China 3-1.

Pasukan Turki di undi dalam kumpulan maut apabila dile­takkan bersama China, Amerika Syarikat, Itali, Rusia dan Argentina.

“Kami berpendapat bahawa juara Olimpik kali ini adalah salah satu pasukan daripada kumpulan ini. Sudah pasti ia bukan satu tugas mudah.

“Impian kami adalah untuk menaiki podium dan mencatat satu keputusan yang membanggakan negara kami Turki.

“Pasukan kami tidak mudah mengalah dan bagi saya tiada masalah meskipun menentang pasukan yang sangat kuat.

“Kita pernah menghadapi situasi sukar dan saya harap segalanya berjalan dengan baik. Kami mengharapkan keajaiban dan kembali dengan kejayaan,” katanya. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI