'Yang nak buka aib orang kenapa?' - Utusan Malaysia

‘Yang nak buka aib orang kenapa?’

NABILA Huda menegur 'orang itu' supaya menjaga adab dan sentiasa merendah diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Apa kau buat ni dik? Hancur future (masa depan) sebab kebodohan kau. Kita biar terkenal sebab bakat, kebijaksanaan dan kebaikan yang kita buat”.

Demikian tulis dramatis berkaliber, Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil mengenai ‘kemelut’ individu yang namanya ketika ini sedang ‘membuak-buak’ diperkata netizen di laman media sosial.

Dalam akaun Twitter miliknya, Nabila menulis lagi: “Jangan terkenal sebab kebodohan atau kesilapan berulang yang kita buat dalam hidup.

“Dah lepas tu dah lah, reda. Mesti ada sebab kenapa Allah tak buka jalan. Yang nak buka aib orang kenapa? Kau beria-ia nak menyatukan before this (sebelum ini), nak cerita tentang humanity (kemanusiaan), itu ini, akhirnya kau pula nak memecahbelahkan sesama Islam. Menimbulkan fitnah. Are you ok?”

Secara umum, beliau turut menasihatkan ‘orang itu’ jangan kurang ajar dengan orang, jaga adab bila bercakap, sentiasa rendah diri, jangan lupa diri.

“Semua ini kena ada dalam diri barulah hidup aman dan damai.

“Lepas tu, mula keluar kenyataan depressed (kemurungan). Kau yang buat hal, kau buat orang benci, kau yang cari pasal. Cuba kalau tak mula, tiada masalah, tiada kecaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya