'Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker' - Utusan Malaysia

‘Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker’

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen disaran untuk berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat jika isu Proklamasi Darurat ingin dibahas dengan segera dan tidak boleh ditunggu sehingga Isnin.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman berkata, ini kerana menteri hanya akan akur pada arahan yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Kalau masih tidak puas hati tentang kompaun, pergilah menghadap Speaker. Menteri akan ikut arahan Speaker. Saya kena teruskan dengan penerangan dari Menteri Kesihatan.

“Kalau tidak, Yang Berhormat gantilah saya menjadi Speaker,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan setelah itu bangun dan menjelaskan beliau akan tetap menjawab semua penjelasan mengenai perkara itu pada Isnin ini.

“Kita ada peraturan, Speaker, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, saya tertakluk kepada Speaker untuk memberi penjelasan pada Isnin ini,” katanya ringkas.

Bagaimanapun ia tetap menimbulkan ketidakpuasan hati pembangkang termasuklah Khalid Samad (Shah Alam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) sekali gus mendesak Takiyuddin menjawab sama ada pembatalan itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya