Wembley milik England, Eropah di belakang Itali - Utusan Malaysia

Wembley milik England, Eropah di belakang Itali

PASUKAN Itali tetap mendapat sokongan padu biarpun beraksi di depan ‘lautan’ penyokong England di Stadium Wembley, London esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jika England mendapat sorakan padu hampir 60,000 penonton di Stadium Wem­bley pada final Euro 2020 esok, Itali pula menerima sokongan ‘Eropah’ dalam misi merangkul kejuaraan pertama sejak 1968.

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyatakan sokongan kepada Azzurri untuk mengagal­kan misi Three Lions memburu gelaran Eropah pertama

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen adalah warga Jerman, namun dia memilih Itali akan menewaskan England.

“Jiwanya bersama Azzurri, jadi beliau akan menyokong Itali dalam perlawanan akhir nanti,” kata jurucakap Der Leyen, Eric Mamer.

Turut sama menyokong Itali adalah Presiden Majlis Eropah, Charles Michel biarpun pasukan negaranya, Belgium disingkirkan oleh anak-anak buah Ro­berto Mancini pada suku akhir.

“Beliau akan bersorak untuk Azzurri dalam final nanti,” kata jurucakap Mamer, Barend Leyts.

Ini adalah kejohanan besar pertama yang disertai Britain sejak keluar dari EU dan keputusan untuk menganjurkan separuh akhir dan final di Wembley turut mencetus kontroversi.

Jumlah kes Covid-19 yang meningkat di England menyebabkan EU pernah mencadangkan kepada badan bola sepak Eropah, UEFA agar sai­ngan itu dipindahkan ke

Munich, bahkan ke Rom, di mana keadaan lebih terka­wal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya