Liverpool buru duo Azzurri? - Utusan Malaysia

Liverpool buru duo Azzurri?

Federico Chiesa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Federico Chiesa tetap keutamaan Li­verpool biarpun Reds sudah me­mulakan rundingan dengan seorang lagi tonggak Azzurri, ­Domenico Berardi.

Chiesa menjadi sasaran No. 1 Li­verpool ekoran aksi cemerlang yang ditunjukkan ketika membawa Itali menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dengan menumpaskan England menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun Juventus meletakkan 77 juta pound (RM447 juta) sebagai harga yang perlu dibayar jika mereka mahu mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Pada ketika Juventus berusaha untuk memperbaiki kedudukan pada musim baharu selepas gagal mempertahankan trofi Serie A musim lalu, mereka tidak bercadang untuk melepaskan pemain penting.

Liverpool masih cuba menarik ‘perhatian’ Chiesa, namun dalam masa sama sudah memulakan rundi­ngan dengan Berardi, 26, yang turut mengharungi kempen cemerlang dalam Euro 2020.

Domenico Berardi

Penyerang Sassuolo itu turut menarik minat Leicester City, namun Corriere dello Sport melaporkan, Reds sudah mengorak langkah.

Liverpool sudahpun menghungi ejen pemain itu dan tertarik apabila diberitahu dia boleh diperoleh pada harga sekitar 35 juta pound (RM203.19 juta) – separuh daripada nilai Chiesa.

Berardi telah bersama ­Sas­suolo sejak remaja dan melalui perjalanan hebat bermula dari Serie B sebelum dinaikkan pangkat ke Serie A.

Dia beraksi cemerlang di bahagian sayap dengan meledak 17 gol musim lalu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp masih berusaha me­nguatkan bahagian serangan dalam misi memburu lebih banyak kejua­raan musim depan selepas sekadar menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga.

Dengan Chiesa masih menjadi sasaran No. 1 dan Berardi adalah sasaran terbaharu, peminat Reds amat teruja jika pasukan itu berjaya mendapatkan kedua-dua pemain tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya