Habuan lumayan menanti Azzurri - Utusan Malaysia

Habuan lumayan menanti Azzurri

PEMAIN Itali diarak menaiki bas dua tingkat di kota Rom semalam bagi meraikan kejayaan mereka merangkul kejuaraan Eropah buat kali pertama dalam tempoh 53 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain Itali akan menerima 250,000 euro (RM1.24 juta) setiap seorang daripada wang kemenangan hasil kejayaan merangkul Kejohanan Eropah (Euro) 2020

Selaku juara, Azzurri menerima 10 juta euro (RM49.69 juta), namun secara keseluruhan mereka menikmati 30 juta euro (RM149.07 juta) kerana tidak kalah dalam semua perlawanan bermula dari peringkat kumpulan.

Menurut beberapa laporan di Itali, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan menikmati 99.25 juta euro (RM493.17 juta) keseluruhan termasuk bonus, jumlah yang juga akan diagihkan kepada pemain serta barisan kejurulatihan.

Akhbar La Gazzetta dello Sport turut me­laporkan, selaku naib juara pemain England akan menerima 200,000 (RM994,000) setiap seorang dan pasukan itu meraih 7 juta euro (RM34.78 juta).

Three Lions yang juga tidak kalah dalam semua perlawanan sebelum tumpas 2-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali di final akan menikmati hadiah ke­seluruhan 29.75 juta euro (RM147.83 juta).

Sementara itu, selepas hampir dibatalkan kerana kebimbangan terhadap penula­ran Covid-19, perarakan bas membawa pasukan Itali akhirnya dite­ruskan di Rom bagi meraikan kejayaan bersejarah mereka me­rangkul kejuaraan Eropah pertama dalam tempoh 53 tahun.

Perdana Menteri dan Presiden mengadakan majlis sambutan buat Azzurri sebaik saja mereka tiba di tanah air semalam, sebelum bas yang membawa pasukan berarak di sepanjang jalan di bandar utama bagi membawa trofi di depan ribuan penyokong.

Tonggak pertahanan Itali yang menjaringkan gol penyamaan ketika mengikat England 1-1, Leo­nardo Bonucci mendedahkan, perarakan menaiki bas dua tingkat itu diteruskan selepas mereka ‘memenangi’ siri rundingan.

Azzurri telah melakukan perjalanan indah dari Quirinale ke Palazzo Chigi dan mahu memperagakan trofi kepada semua orang. Emosi yang tidak dapat digambarkan.

“Kami berhutang kejayaan ini kepada peminat. Kami memenangi rundingan untuk melakukan perarakan buat penyokong kami. Piala ini milik mereka,” katanya.

Ini kali kedua Itali dinobat sebagai juara Eropah, namun yang pertama sejak 1968 iaitu 53 tahun yang lalu.

Kemenangan dirai penuh emosi kerana bola sepak negara itu sudah keluar dari zaman ‘kegelapan’ selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

“Ini kebangkitan semula untuk bola sepak Itali,” kata Bonucci penuh emosi sambil berdiri megah di depan ribuan penyokong yang membanjiri Rom untuk melihat wira-wira mereka dari dekat.

Ramai menganggap kemenangan itu bukan sekadar kebangkitan bola sepak Itali, malah menyatukan negara tersebut yang pernah dibadai wabak Covid-19 hingga berdepan perintah berkurung selama 16 bulan, selain mencatat lebih 127,000 kematian. – AGENSI

 

HADIAH KEMENANGAN EURO
(Tidak termasuk bonus)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya