Warga emas positif Covid-19 ditemukan mati tergantung - Utusan Malaysia

Warga emas positif Covid-19 ditemukan mati tergantung

WARGA emas ditemukan mati tergantung di sebuah rumah masih dalam pembinaan di Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Tukang rumah warga emas yang didapati positif Covid-19 ditemukan mati tergantung di sebuah rumah masih dalam pembinaan di Kampung Padang Lati, Bekelam di sini, tengah malam tadi.

Dia ditemukan tergantung pada tiang besi rumah batu miliknya yang dibina sendiri, kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi oleh ahli keluarga sendiri.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 1.20 pagi dan ke lokasi.

“Sebelum kejadian, mangsa disedari hilang dari rumahnya kira-kira pukul 11 malam sebelum ahli keluarga keluar mencarinya. Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira 30 meter dari rumahnya itu tidak menemukan sebarang unsur mencurigakan.

“Mangsa sebelum ini mengalami kemurungan dan sering bercakap seorang diri sejak dua tahun lalu termasuk mendakwa terdengar bisikan halus. Dia pernah dirawat di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Tambah Mohamad Ismail, pasukan petugas yang hadir membuat ujian saringan kemudian mendapati lelaki itu positif Covid-19.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)  Kota Bharu untuk proses bedah siasat,” katanya dan turut memberitahu, kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN