Warga emas hilang ketika umat Islam sambut Aidiladha - Utusan Malaysia

Warga emas hilang ketika umat Islam sambut Aidiladha

POLIS menggunakan unit anjing pengesan untuk mencari warga emas yang dipercayai hilang di Kampung Tanjung Jati, Lipis, Pahang. - IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Polis Lipis sedang berusaha usaha mencari seorang warga emas, Zaradah Othman, 72, yang dipercayai hilang dari rumahnya sejak pukul 1 petang kelmarin di Kampung Tanjung Jati, dekat sini.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, anak warga emas berkenaan, Aniza Husin membuat laporan polis pada pukul 5 petang semalam selepas usaha mengesan ibunya sejak kelmarin di kampung tersebut gagal.

“Polis melancarkan gerakan mencari warga emas itu bermula pada pukul 5.35 petang semalam bersama penduduk Tanjung Jati dan berakhir dua jam kemudian disebabkan cuaca gelap.

“Gerakan mencari dimulakan semula bermula pukul 8 pagi hari ini dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) bermula di kawasan rumah mangsa yang hilang berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, warga emas yang berasal dari Kampung Tanjung Lipis itu kali terakhir dilihat oleh jirannya berada di kawasan rumahnya sebelum dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya semalam.

“Wanita itu mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, penglihatan kabur serta tidak larat berjalan malah memerlukan bantuan keluarga untuk bergerak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN