Warga emas di Lembah Klang bakal lengkap satu dos vaksin - Utusan Malaysia

Warga emas di Lembah Klang bakal lengkap satu dos vaksin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan semua warga emas di Lembah Klang akan disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, jangkaan itu dibuat selepas warga emas dibenarkan untuk mendapat dos vaksin secara ‘walk-in’ di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan fasiliti kesihatan kerajaan di Lembah Klang mulai hari ini.

“Semua PPV dan klinik serta fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan telah bersedia menerima warga emas ini sama ada mereka berdaftar ataupun tidak berdaftar,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Sehingga 15 Julai, terdapat 3,025,275 warga emas telah berdaftar untuk mendapatkan vaksin dan seramai 2, 680,880 atau 88.61 peratus telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan warga emas yang belum mendapat janji temu untuk suntikan vaksin boleh hadir secara terus atau ‘walk in’ di mana-mana PPV di Kuala Lumpur dan Selangor mulai hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN