Walk-in untuk golongan belum dapat janji temu sahaja - CITF - Utusan Malaysia

Walk-in untuk golongan belum dapat janji temu sahaja – CITF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menegaskan bahawa inisiatif walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini adalah untuk golongan yang tercicir dan yang belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut sahaja.

Justeru katanya, inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.

“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada 16 Julai lalu.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan berbuat demikian, juga digalakkan mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin,” jelasnya dalam kenyataan.

CITF merujuk mesej yang tukar dalam media sosial mengenai inisiatif walk-in yang didakwa terbuka kepada semua.

CITF juga memaklumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, di mana PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in itu.

Justeru, CITF menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes Covid-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN