[VIDEO] Penerima vaksin dibenar rakam video suntikan, jururawat perlu tunjuk picagari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penerima vaksin dibenar rakam video suntikan, jururawat perlu tunjuk picagari

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi mengelak keraguan berhubung isu vaksin kosong, petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin (PPV) diarahkan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kandungan vaksin kepada penerima sebelum disuntik.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, pada masa sama, penerima vaksin juga dibenarkan merakam video suntikan vaksin masing-masing.

SIDANG akhbar Khairy Jamaluddin menjawab mengenai isu vaksin. – IHSAN TWITTER VAKSIN COVID-19

“Kebenaran itu diberikan supaya anda dan kami ada bukti jelas bahawa suntikan itu berlaku dengan sempurna.

“Kebenaran ini dari saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN