Vaksin ketuhanan: Zikir, doa, al-Quran, sedekah - Utusan Malaysia

Vaksin ketuhanan: Zikir, doa, al-Quran, sedekah

MUFTI Kerajaan Brunei (kiri) ketika pelancaran buku Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan di Bandar Seri Bagawan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Vaksin paling ampuh yang dipraktikkan Brunei dan kesultanannya dalam memerangi Covid-19 adalah zikir, doa, al-Quran dan sedekah.

Perkara itu ditegaskan Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

“Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan vaksin ketuhanan tersebut.

“Sikap dan budi bicara raja ini adalah ia satu sejarah. Sejarah bagi Brunei dan sejarah baginda sendiri. Bahkan tidak salah, kalau kita sifatkan ia juga adalah sejarah kepada dunia, bahawa dalam dunia yang amat luas ini, terdapat seorang raja, kepala negara dan ketua kerajaan yang sedang memerintah sebuah negara kecil yang hanya mempunyai keluasan 5,765 kilometer persegi dan penduduknya pula tidak sampai satu juta tetapi baginda itu secara berhemah dan tersendiri telah mempelopori penggunaan vaksin ketuhanan untuk menolak Covid-19.  

“Dan ternyata, budi bicara baginda ini telah berhasil menagih berkat, dengan Allah mengizinkan Brunei terkeluar daripada jangkitan Covid-19,” jelas beliau seperti dilaporkan Pelita Brunei.

Beliau mengulas buku bertajuk ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ sebagai mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menangani Covid-19 .

Beliau berkata: “Cara menghadapi serta menangani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita iaitu di samping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan vaksin ketuhanan”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya