UiTM kurangkan yuran konvokesyen untuk tiga sesi  - Utusan Malaysia

UiTM kurangkan yuran konvokesyen untuk tiga sesi 

MPP UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju mengurangkan yuran konvokesyen bagi sesi ke-93, 94 dan 95 dari RM150 hingga RM230 kepada RM110 hingga RM190 melibatkan jumlah keseluruhan pengurangan sebanyak RM3 juta.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pengurangan sebanyak RM40 itu melibatkan graduasi semua peringkat ijazah dan diploma bagi mengurangkan beban ibu bapa dan mahasiswa dalam situasi serangan pandemik Covid-19.

“Pengurangan yuran konvokesyen tersebut diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, program profesional dan diploma. 

“Ini bertujuan mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh para graduan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan istiadat konvokesyen diadakan secara maya seperti sebelum ini berikutan kes Covid-19 masih menular dan berisiko untuk dianjurkan secara bersemuka.

“Perancangan asal UiTM adalah untuk melaksanakan istiadat konvokesyen secara fizikal namun, penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya