Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar selepas dipanah petir - Utusan Malaysia

Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar selepas dipanah petir

RUMAH dua tingkat yang musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada akibat panahan petir di Kampung Rawai, Marang, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tujuh sekeluarga termasuk bayi berusia 11 hari tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir di Kampung Rawai, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. 

Mangsa, Rahmah Mat Rani, 57, berkata, kebakaran di bahagian atas rumah dua tingkat itu hanya disedari selepas mendengar jeritan jirannya yang meminta mereka lari menyelamatkan diri.

“Semasa kejadian saya bersama dua anak, menantu dan cucu berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi guruh hingga bekalan elektrik terputus.

“Selepas petir kuat, jiran nampak api merebak ke bahagian bawah dan segera minta kami keluar,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Ahmad Fatah Abdul Rahman berkata, seramai 23 anggota bersama empat jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.40 petang

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran dan punca kejadian masih dalam siasatan dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM300,000.

Sementara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri melaporkan tujuh kejadian pokok tumbang termasuk menghempap kenderaan di beberapa daerah akibat ribut petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya