TPM ketuai markas arahan keselamatan siber  - Utusan Malaysia

TPM ketuai markas arahan keselamatan siber 

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal menubuhkan markas arahan keselamatan siber dalam usaha memastikan tiada serangan anasir jahat yang mengancam tahap kawal selia maya negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, markas bersepadu itu dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Markas ini dijangka menyelaraskan segala gerak kerja kawalan secara lebih sistematik yang akan melibatkan pelbagai agensi awam berkaitan isu keselamatan siber nasional,” katanya dalam sidang akhbar secara maya mengenai isu berita palsu yang turut disertai Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Yang  turut serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan wakil Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Dev Kumar.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan telah membawa isu keselamatan siber itu dalam mesyuarat Kabinet semalam berdasarkan laporan disediakan CyberSecurity Malaysia (CSM).

“Data terkini disediakan agensi di bawah kementerian ini mendapati ada sejumlah 175 laman sesawang kerajaan yang agak rentan berisiko tinggi digodam pihak tertentu,” tambah beliau. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya