TNB salur elektrik selepas terima permohonan lengkap - Utusan Malaysia

TNB salur elektrik selepas terima permohonan lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyalurkan bekalan elektrik di rumah penduduk di Kampung Jelaping, di sini sebaik sahaja menerima permohonan lengkap daripada mereka.

Pengurus Besar TNB (Negeri Kelantan & Terengganu) Mustaphakamal Yaacob berkata, hasil semakan mendapati pihaknya setakat ini belum pernah menerima sebarang permohonan daripada pengadu. 

“Permohonan bekalan elektrik pengadu akan diproses sebaik sahaja menerima dokumen status pemilikan tanah pengadu.

“Perkara ini telah dimaklumkan ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim dan Majlis Jaksa Pendamai Kelantan (MJPK) yang mengetengahkan masalah ini di akhbar Utusan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan lapan keluarga di Kampung Jelaping di sini hidup bagaikan di zaman purba apabila masih tidak mempunyai bekalan elektrik selepas tinggal di situ selama 10 tahun lalu.

Situasi itu menyukarkan mereka apabila terpaksa memanaskan seterika menggunakan api dapur gas bagi menggosok pakaian seragam sekolah anak-anak selain tidak boleh menikmati kemudahan elektrik lain seperti kipas, peti sejuk dan televisyen. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.